Situasi:
Pernahkah orang-orang Semenanjung mendengar atau menggunakan bahasa Tawau? Di sini aku ingin berkongsi mengenai beberapa perkataan Tawau, iaitu:
Limpas : lalu, melewati.
Peggal : buat naik angin, buat marah.
Baccat : buat naik angin, buat marah.
Ampas : hempas.
Kompek : Beg plastik
Tambling : Perbuatan akrobatik terjun sungai
Peggal : buat naik angin, buat marah.
Baccat : buat naik angin, buat marah.
Ampas : hempas.
Kompek : Beg plastik
Tambling : Perbuatan akrobatik terjun sungai
Ulasan saya:
Apabila pertama kali saya menyebutkan perkataan tersebut, ada terasa kelainannya. Apabila saya melihat maknanya, perasaan pelik itu semakin bertambah. Saya tertanya-tanya di dalam diri saya tentang kepelbagaian bahasa yang terdapat di Malaysia. Cuba anda bayangkan bahasa-bahasa yang terdapat di negara-negara lain. Pastinya mereka juga mempunyai pelbagai jenis bahasa mengikut kaum mereka seperti di Malaysia ini. Melalui perbezaan bahasa juga, kita dapat menentukan budaya yang diamalkan oleh mereka. Sememangnya adalah tidak mampu untuk kita menguasai keseluruhan bahasa yang terdapat di Malaysia. Namun, sedikit sebanyak kita harus mengambil tahu berkenaan bahasa-bahasa atau dialek yang terdapat di Malaysia.