Situasi:
Sedang kami menunggu pensyarah masuk ke kelas, rakan di sebelahku, K (bukan nama sebenar) meminta ‘bam’, iaitu sejenis ubat sapu yang berangin. Dia mengatakan bahawa perutnya sakit. Aku yang memang sentiasa membawa ubat sapu tersebut mengeluarkannya dan menghulurkan kepada K. Selepas dia menggunakannya, aku mengambil kembali ubat sapu itu lantas memasukkannya ke dalam beg. Namun, K tiba-tiba mengatakan “aku belum siap lagi lah”. Tanpa merasakan apa-apa yang pelik, aku mengeluarkan ‘bam’ itu semula dan memberinya kepada K. Secara tiba-tiba aku terdengar rakan yang duduk di barisan hadapan kami, iaitu S (bukan nama sebenar) tertawa. Dia mengulang kembali percakapan K itu. kemudian S mengatakan sepatutnya rakan saya itu mengatakan “aku belum habis guna lagi”.

Bam
Ulasan saya:
Pada pendapat saya, sebagai manusia biasa, kadangkala kita turut melakukan kesilapan. Begitu juga dalam berbahasa. Ada kalanya pendengar tidak memahami perkara yang ingin disampaikan oleh penutur walaupun menggunakan bahasa Melayu, seperti kata pepatah air besar sampan tak hanyut. Contohnya adalah seperti K. Ayat yang diucapkan oleh K seolah-olah tergantung kerana boleh menimbulkan pertanyaan, iaitu ‘siap apa?’. Di sini juga saya ingin menyatakan bahawa penggunaan kata ‘siap’ dengan ‘habis’ boleh digunakan dalam ayat di atas kerana kedua-duanya membawa maksud yang sama, iaitu selesai.

Maksud kata: Maksud yang tidak tercapai.