Situasi:
Selain gerai-gerai buku, terdapat juga gerai-gerai minuman, makanan, pakaian dan kelengkapan wanita yang dibuka sempena program Pesta Buku dan Informasi. Aku dan kawan-kawan mengambil peluang tersebut untuk meninjau-ninjau barang-barang yang dijual. Kami telah pergi ke satu gerai yang menjual pakaian. Ada seorang rakan saya yang ingin membeli kain pasang. Berikut merupakan dialog urusan jual beli tersebut:
Ulasan saya:
Sudah menjadi kelaziman bahawa setiap daripada penjual akan bermulut manis untuk menarik minat para pembeli. Sebenarnya, kata-kata yang manis seperti cantik, susah hendak dapat, murah dan sebagainya sudah menjadi permainan mulut warga penjual dan peniaga. Tetapi, peniaga dan penjual harus elakkan daripada menipu untuk mengaut keuntungan., contohnya barang-barang tersebut tidak berapa berkualiti tetapi dijual dengan harga yang mahal. Kemudian mereka memberitahu kepada pelanggan bahawa barangan tersebut amat berkualiti, baik cantik dan tidak rugi untuk membelinya. Justeru, pembeli harus berhati-hati terhadap penjual yang bertanam tebu di tepi bibir agar tidak salah membeli dan berfikir terlebih dahulu untuk mengelakkan berlakunya pembaziran.