Pernahkah rakan-rakan membaca dialog-dialog kartun sama ada yang terdapat dalam komik, majalah mahupun akhbar? Semasa membaca, apakah yang terlintas difikiran rakan-rakan? Adakah rakan-rakan pernah terfikir mengenai penggunaan bahasanya? Cuba rakan-rakan baca diolag kartun yang terdapat dalam gambar di bawah ini.
Contoh
Situasi:
Semasa aku sedang mencari gambar-gambar yang diperlukan oleh adikku, aku terjumpa Dialog Kota Raya tersebut. Lalu, aku ingin sama-sama berkongsi bersama teman-teman semua.
Ulasan:
Apabila kita membaca dialog itu, kita akan merasakan bahawa dialognya begitu dekat dengan kehidupan kita. Hal ini kerana, dialog yang digunakan adalah sama seperti dalam percakapan seharian kita. Sebenarnya, untuk menulis kita perlu menggunakan bahasa persuratan yang betul dan mengikut ejaan yang sebenar, contohnya ejaan ‘nengok’, ‘lapor’ dan ‘cecara’ perlu ditulis dengan betul. Begitu juga dalam penulisan kartun. Kartun yang lucu atau lawak bukanlah diukur melalui ejaannya, tetapi melalui jalan cerita yang cuba disampaikan oleh penulis. Bukan susah untuk berubah kerana kita telah mempelajari bahasa Melayu sejak kecil lagi. Tiada yang menjadi batu penghalang melainkan diri kita sendiri.

Maksud kata : Halangan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan