27 Januari, 2011

Memerah otak

Situasi:
Adakah kawan-kawan dapat membezakan di antara perkataan tempah dengan kirim apabila ingin membuat pesanan untuk membeli sesuatu baran? Hari ini ada seorang rakanku datang ke rumah. Dia mengatakan bahawa kakaknya ingin pergi ke pasar malam di pekan Tanjung Malim. Tujuannya datang ke rumah adalah untuk bertanyakan sama ada aku ingin mengirim makanan atau tidak. Namun, dia bukan mengatakan ‘tempah’ tetapi ‘kirim’. Contoh ayatnya adalah seperti di bawah:
            Si A     :           Kau nak kirim makanan tak?
            Si B     :           Boleh juga.


Ulasan saya:
Menerusi perbualan tersebut, saya mula terfikir sama ada penggunaan perkataan yang tepat dalam ayat adalah ‘kirim’ atau ‘tempah’. Setelah berusaha mencari jawapannya dan memerah otak, saya berpendapat bahawa perkataan ‘tempah’ adalah lebih sesuai digunakan dalam ayat di atas. Mengapa? Hal ini kerana, perkataan ‘kirim’ bermaksud menyampaikan atau menghantar, manakala perkataan ‘tempah’ pula merujuk kepada pesanan barangan. Pendapat kawan-kawan pula bagaimana?

gambar hiasan

Maksud kata : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.