Situasi:
Hari ini ada perkara yang aku ingin kongsikan bersama kawan-kawan. Kisah ini terjadi sewaktu aku pulang ke kampung nenek. Kebetulan pada hari itu, ada saudara-mara lain juga yang datang berkunjung. Ceritanya bermula begini:
Hari ini ada perkara yang aku ingin kongsikan bersama kawan-kawan. Kisah ini terjadi sewaktu aku pulang ke kampung nenek. Kebetulan pada hari itu, ada saudara-mara lain juga yang datang berkunjung. Ceritanya bermula begini:
Pada petang itu, aku duduk bersantai-santai di kawasan ruang tamu kedua rumah nenekku. . Mak Lang (adik emak) turut duduk berhampiran denganku. Tiba-tiba, datang cucu Mak Lang (anak kepada sepupuku) terus duduk di atas ribaan neneknya dalam keadaan sedih, sedikit sahaja lagi air matanya ingin menitis. Aku agak umurnya lebih kurang lima tahun. Lantas dialog di bawah pun terjadi.
Mak Lang : Kenapa ni?
Syafiq : Ada kawan tolak.
Mak Lang : Dah, jangan nangis lagi.
Tiba-tiba sahaja ada seorang kanak-kanak lelaki, mungkin dalam lingkungan umur yang sama datang dan berdiri di hadapan Mak Lang. Apa yang menarik perhatianku ialah apabila kanak-kanak tersebut menghulurkan tangan kepada Syafiq.
Mak Lang : Nak apa ni?
Ahmad : Nak minta maaf.
Lalu kedua-dua kanak-kanak tersebut saling bersalaman dan Ahmad telah mencium tangan Syafiq. Adik Ahmad yang juga berada di situ turut menghulurkan tangan kepada Syafiq. Daripada raut muka yang sedih, wajah Syafiq telah berubah sedikit demi sedikit. Dia mempamerkan senyuman lantas bangun dan bermain kembali bersama kawan-kawannya itu. Saya dan Mak Lang hanya tersenyum. Namun dalam hati agak tersentuh melihat perlakuan Ahmad itu. Setelah merisik-risik, barulah saya tahu bahawa ibu Ahmad itu seorang guru tahfiz.
Ulasan saya:
Pada pendapat saya, mungkin ibunya telah mendidik anaknya dengan amalan seperti itu, meminta maaf setelah berbuat kesalahan. Pada masa sekarang, agak sukar untuk mencari kanak-kanak yang sebegitu. Jika ucapan maaf itu dilakukan dengan ikhlas dan menggunakan nada suara yang lembut, maka hati yang mendengarnya juga akan menjadi lembut dan tenang. Justeru, janganlah kita menggunakan kata-kata yang kasar kerana akibat mulut badan binasa.
Maksud kata : Mendapat kecelakaan kerana perkataan atau percakapnnya.