Situasi:
Ada seorang rakan telah menceritakan suatu kisah kepadaku. Ianya mungkin suatu kisah yang lucu, tetapi terdapat pengajaran di dalamnya. Mungkin rakan-rakan pembaca juga pernah mengalami kisah yang sama seperti ini. Rakan-rakan ingin tahu cerita apa yang ingin aku sampaikan? Ikuti kisah di bawah:

Ulasan saya:
Diari hari ini bukanlah untuk menyentuh perkataan-perkataan yang digunakan, tetapi untuk menyentuh tentang penggunaan ragam bahasa. Mengikut cerita yang telah rakan-rakan baca sebentar tadi, Siti telah menggunakan ragam bahasa mengherdik. Mengherdik adalah hampir sama dengan tempelak namun masih terdapat perbezaan. Bahasa jenis ini digunakan untuk menunjukkan kesalahan pada masa itu juga tetapi tujuannya adalah untuk kebaikan, bukannya untuk memalukan orang lain. Pada pendapat saya, penggunaan bahasa ini adalah bagus (jika kena dengan tempatnya) untuk menyedarkan seseorang kerana adakalanya apabila kita menggunakan bahasa yang baik untuk menegur, seseorang itu tidak akan mendengar dan menyedari kesalahannya. Sesungguhnya, bumi mana yang tidak ditimpa hujan.
Maksud kata : Manusia tidak lepas daripada melakukan kesalahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan