Situasi:
Semasa aku melayari internet untuk mencari gambar sebagai bahan tambahan dalam tugasan, aku telah menjumpai gambar di bawah ini. Cuba lihat ejaan yang digunakan.
Semasa aku melayari internet untuk mencari gambar sebagai bahan tambahan dalam tugasan, aku telah menjumpai gambar di bawah ini. Cuba lihat ejaan yang digunakan.
Gambar 1
Ulasan saya:
Tanpa kita sedari, semakin hari semakin banyak kesalahan bahasa yang kita lakukan sedangkan kita semua telah mengetahui dan mempelajari penggunaan bahasa Melayu yang betul. Inilah yang dikatakan oleh orang tua-tua, ada tangga hendak memanjat tiang. Ramai ahli bahasa yang menulis buku mengenai aturan berbahasa, namun perkara tersebut ditolak ke tepi. Dalam gambar di atas, ejaan yang tepat adalah stesen. Pengaruh bahasa Inggeris begitu kuat sehinggakan sebutan dan ejaan daripada bahasa Inggeris ‘diMelayukan’ menjadi stesyen. Pada pendapat saya, kesalahan bahasa seperti ini sepatutnya tidak wajar. Terdapat pelbagai buku yang boleh dirujuk oleh masyarakat jika tidak yakin terhadap ejaan perkataan. Janganlah kita bersikap ‘semberono’ sahaja kerana jika bukan kita yang sayangi bahasa, hendak diharapkan kepada siapa lagi?
Antara contoh bahan rujukan
Maksud kata : Berbuat sesuatu dengan tidak menurut aturan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan