Situasi:
Entah mengapa hari ini aku teringat cerita-cerita kartun yang pernah aku tonton. kartun yang paling aku minat ialah Detectif Conan. Setiap kali cerita tersebut ditayangkan, aku pasti sudah duduk menghadap televisyen. Dragon Ball juga turut menjadi siri kartun kegemaranku. Ada juga kawan-kawanku yang terikut-ikut percakapan watak-watak kartun tersebut.
Ulasan saya:
Sedarkah kawan-kawan pada masa kini semakin banyak kartun-kartun Melayu yang ditayangkan di televisyen-televisyen tempatan.? Cerita-cerita kartun tersebut antaranya ada yang diimport daripada luar (menukar aliran bahasa) dan ada juga hasil daripada orang tempatan sendiri, contohnya seperti dalam gambar di bawah:

Antara jenis-jenis kartun yang ditayangkan di kaca TV
Namun, adakah kita sedari bahawa tayangan kartun itu mampu memberi impak yang besar kepada kanak-kanak.? Jika kartun yang ditayangkan di kaca TV membawa pengajaran yang baik, menggunakan bahasa yang manis dan bersopan, maka kanak-kanak akan mencontohi perkara yang baik itu. Manakala jika kartun yang ditayangkan adalah sebaliknya, maka kanak-kanak akan terdedah dengan perkara yang tidak elok dan mempengaruhi mindanya. Pastinya kita yang sedang meningkat dewasa ini mengetahui bahawa kanak-kanak mudah meniru perbuatan dan percakapan yang dilihat dan didengarnya. Pendidikan yang kekal dan berkesan adalah bermula daripada umur kanak-kanak lagi, seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Di bawah ini saya ada sertakan video kartun Melayu, yang saya rasa ianya sudah tidak atau mungkin tidak pernah ditayangkan di TV lagi. Di dalamnya terkandung unsur pengajaran yang banyak. Penggunaan bahasanya bagus, mudah difahami dan sesuai dengan kanak-kanak.
Cerita Sang Kancil dengan monyet
Maksud peribahasa : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
nape gambar tu terkeluar ek?
BalasPadamTak tahu..bila masukkan gamba aku letak saiz besar..bila tengok semula memang dah jadi macam tu..
BalasPadamMenarik.
BalasPadamAku memang sentiasa menarik..haha..cubalah buat, baru tahu macam mana..
BalasPadam